PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Khamis, 9 Ogos 2012

    Program Ihya' Ramdhan 1433H - " Meniti Hari-Hari Terakhir Ramadhan"

    Pada 8 Ogos 2012,Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) telah menganjurkan ceramah bersempena bulan Ramadhan 1433H. Ceramah bertajuk "Meniti Hari-Hari Terakhir Ramadhan" yang disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Nizam bin Ali yang dijemput khas dari Sekolah Agama Menengah Serom.Ceramah yang diadakan di Dewan Serbaguna , Maktab Teknik PDRM dihadiri hampir 200 peserta yang terdiri daripada pegawai, anggota dan kakitangan awam dari Maktab Teknik PDRM, PULAPOL Muar dan juga  Bn. 6, PGA Muar. Ceramah ini juga turut dihadiri oleh Tim. Komandan MTPDRM. Sesuai dengan tajuk yang disampaikan, al-Fadhil Ustaz banyak menceritakan kelebihan dan juga persediaan untuk menghadapi hari terakhir Ramadhan dalam mencari lailatul qadar yang dinukilkan di dalam al-quran di dalam surah al-Qadr sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Objektif program ini antaranya ialah berkongsi tentang fadhilat bulan Ramadhan serta membantu peserta dalm mencorakkan personaliti yang baik dalam organisasi. Di samping itu, ia juga menerapkan nilai-nilai murni yang optimum dalam pembentukan peribadi dalam bulan suci Ramadhan yang juga dinamakan "madrasah Ramadhan". Sebagai persediaan mnghadapi hari-hari terakhir Ramadhan banyak tips dan nasihat yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz. Ceramah tersebut selesai pada jam 11.00 pagi dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Timb. Komandan  MTPDRM mewakili Komandan MTPDRM kepada Ustaz Nizam bin Ali.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan