PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Rabu, 8 Februari 2012

    MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H PERINGKAT NEGERI JOHOR DI DAERAH MUAR

    5 Feb 2012 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat Negeri Johor di Daerah Muar dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (Sultan bagi Negeri dan jajahan takluk Johor) dan turut hadir bersama DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Sambutan ini disambut meriah bermula dengan perarakan selawat atas nabi mengelilingi bandar Muar sejauh 2.5km yang disertai oleh Baginda Sultan sendiri bersama lebih 40 badan NGO dan jabatan kerajaan di sekitar Johor. Setiap jabatan menghantar 40orang wakil dengan berpakaian seragam lengkap bersamping serta membawa sepanduk dan papan tanda masing-masing.
    Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar tidak ketinggalan menyertai pertandingan perarakan tersebut. Kumpulan ini diketuai oleh Pemangku Ketua BAKA Insp. Abd.Rahim Bin Idris dan Insp. Mohd. Faizul Hisham Bin Mohd. Fuzi. Turut menyertai, kakitangan BAKA serta imam-imam dan AJK Masjid As-Sajadah MTPDRM, APR dan staf MTPDRM.

     Baginda Sultan Johor turut serta perarakan selawat

    Sehubungan dengan itu, Baginda Sultan Johor hari ini mengisytiharkan Bandar Maharani, Muar sebagai Bandar Diraja Johor. Pengisytiharan itu dibuat pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

    Sultan bertitah


    Antara peserta perarakan selawat nabi

    Baginda meminta penduduk bandar ini sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan sekitar dan tidak semata-mata menyerahkan tugas itu kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Muar (MPM)."Allah amat sukakan kebersihan dan mengasihi orang yang sentiasa mengutamakan kebersihan," titah baginda yang sebelum itu mengetuai perarakan Maulidur Rasul. Turut serta Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.
    Menurut baginda, walaupun ada orang menggelar bandar Muar sebagai bandar 'pencen' (bandar untuk menikmati persaraan), ia sebenarnya sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.
    Baginda turut mengingatkan rakyat di negeri ini supaya tidak mempercayai bulat-bulat maklumat yang disebarkan melalui Internet kerana ia belum tentu benar.


    (Makan Ukhwah) makan dalam talam 

     
    Mesra rakyat

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan