PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Jumaat, 27 Januari 2012

    LAWATAN & PROGRAM MOTIVASI PELAJAR SEKOLAH SK PARIT PENGHULU, SG RAMBAI MELAKA

    Program ini telah dijalankan pada awal tahun 2012 iaitu pada 26 Januari 2012 bertempat di Dewan Serbaguna MTPDRM Bakri, Muar Johor. Program yang julung kalinya diterima oleh BAKA MTPDRM melibatkan seramai hampir 50 orang pelajar dan guru daripada sekolah luar daripada Bakri. Satu slot motivasi yang di kendalikan sepenuhnya oleh warga BAKA MTPDRM yang hampir mengambil masa 4 jam. Ia merupakan satu pengalaman yang menarik bagi kami warga BAKA keranan dapat berkolaborasi dengan warga pendidik.

    Barisan Pegawai BAKA serta para pelajar


    Sempat beramah mesra dengan pelajar yang hadir.

    KURSUS MOTIVASI DAN KEPIMPINAN

    KHAMIS 26/1/2012 - BAKA telah diberi penghormatan oleh Unit Perhubungan Awam (PRO), Bahagian Pengurusan MTPDRM untuk mengadakan slot Kursus Motivasi selama setengah hari sempena lawatan sambil belajar murid-murid dari Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu, Sg.Rambai, Melaka ke MTPDRM Muar.
            Kursus bermula dengan Anchor (NLP) oleh Insp. Abd.Rahim bin Idris, Ketua Unit Kaunseling, diikuti dengan ceramah motivasi bertajuk `Vitamin C` oleh Ustaz Nik Hamzah diikuti slot Salah Laku Juvana oleh Sarjan Sa`don dan diakhiri dengan bengkel kepimpinan yang disampaikan oleh En.Muhammad Fuandy.
             Kursus ditutup dengan Ukhwahfillah dan bacaan ikrar kepimpinan oleh murid-murid sekolah tersebut. Rata-rata cikgu-cikgu yang turut serta berpuas hati dan berminat untuk bekerjasama di masa lain. Peserta faham dan terhibur sepanjang proses pembelajaran. Alhamdulillah..


    Para peserta dan pegawai

    Bacaan doa oleh Ustaz Helmi Zahri

    Pengacara majlis Koperal Aziah

     
    Ucapan wakil guru sekolah

     Ucapan Ketua Bahagian Pengurusan MTPDRM

     Penyampaian Hadiah

     Peserta dari Sekolah Keb.Parit Penghulu

    Barisan Pegawai dan Guru

    Sesi NLP oleh Ketua Unit Kaunseling 

    Menjiwai nilai kepimpinan 

    Seloka Vitamin C oleh Ustaz Nik 

    Guru-guru sekolah pendorong kepimpinan murid

    Sarjan Sa`don bercerita tentang Juvana

     Bengkel Kepimpinan oleh En.Muhammad Fuandy

    Juruteknik P.A System 

    Respon yang baik dari peserta

     Ikrar Kepimpinan