PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Khamis, 16 Februari 2012

    KURSUS PENGURUSAN KEWANGAN BIL.2 SIRI 1/2012


    Rabu, 15 Februari 2012 – Cawangan Kaunseling MTPDRM Bakri, Muar, Johor telah menganjurkan satu program Pengurusan Kewangan Bil 2 siri 1/2012 bertempat di Dewan Mutiara Aras 2 Blok A MTPDRM. Program ini adalah bermatlamat untuk membantu warga MTPDRM memahami perihal pengurusan kewangan. Selain itu program ini menjadi pemangkin terhadap penerapan disiplin untuk menguruskan kewangan. Ceramah telah disampaikan oleh EN. Romzi Bin Abu Bakar bertajuk POWER (Pengurusan Wang Ringgit Anda). Program ini telah dirasmikan oleh ACP Muhammad Hishamudin Bin Taha Timbalan Komandan MTPDRM. Tiga orang pegawai kanan dan 47 orang peserta turut sama menjayakan program ini. Kursus ini berlangsung  dengan dengan jayanya dan diselitkan juga sesi perbincangan,  dan maklumbalas daripada para peserta.

    Sesi Pendaftaran peserta di Lobi Blok A MTPDRM

    Us. Sulaiman memimpin bacaan doa memohon
    keberkatan sepanjang perjalanan program...Amin...
    Barisan Pegawai Kanan khusyuk mendengar Ceramah yer tuan....
    Antara peserta wanita yang hadir...
     
    Ingat kena buat macam ni yer....

    Take Note...Habis program kena buat nih...

    Cenderahati buat Tim. Komandan selesai merasmikan program.


    Rabu, 15 Februari 2012

    " NO VALENTINE, LOVING EVERYTIME "

    Selasa, 14 Februari 2012 – Bersempena dengan Hari Kekasih “Valentine Day” yang disambut pada setiap 14 Februari, Bahagian Agama dan Kaunseling telah mengambil inisiatif untuk mengadakan program “NO VALENTINE, LOVING EVERY TIME”. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada warga MTPDRM dan warga PULAPOL Muar akan jerat hari kekasih. Walaupun ramai diantara kita sedia maklum tentang larangan menyambut hari kekasih, namum terdapat segelintir masyarakat yang menmandang remah terhadap larangan yang diberikan. Atas dasar keprihatinan, Ketua BAKA  iaitu Insp Abd Rahim Sendiri membuat keputusan untuk bersama-sama turun padang mengedarkan risalah yang bukan sahaja dapat disampaikan kepada kakitangan MTPDRM dan Pulapol Muar, malah risalah ini turut diedarkan kepada ahli keluarga yang menduduki Kuaters. Diharap program ini dapat memberikan impak yang positif terhadap transformasi minda dan tingkahlaku terhadap bahana hari kekasih.


    Insp Abd Rahim sempat memberikan taklimat ringkas


     p/s: baca yer jangan tak baca

     "Jangan lupa sampaikan pada anak-anak"

     Senyuman mengiringi pesanan yer ustaz.....

     Terima kasih....

     Risalah apa ni yer???

     Ada apa pagi-pagi ni ea???

     Semangat membanteras "VD"

    Kesungguhan seorang Pen. Peg. Kaunseling

    Isnin, 13 Februari 2012

    SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H PERINGKAT MAKTAB TEKNIK PDRM

    AHAD, 12 FEB 2012- Satu program keagamaan bersempena dengan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. telah diadakan. Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Maktab Teknik PDRM ini dianjurkan oleh Masjid As-Sajadah, MTPDRM.
    Untuk julung-kalinya, sambutan Maulidur Rasul ini disambut secara besar-besaran. Program dimulakan dengan perarakan beramai-ramai yang diselangi dengan selawat ke atas Nabi S.A.W. Perarakan bermula dari tadika di kompleks perumahan MTPDRM dan berakhir di Masjid As-Sajadah. Perarakan disertai oleh seramai lebih kurang 650 orang yang terdiri daripada YM Komandan, Pegawai-pegawai kanan, Anggota pangkat rendah, pegawai-pegawai awam dan turut disertai ahli keluarga kakitangan MTPDRM serta Tadika KEMAS MTPDRM.

    Sesudah sampai ke masjid, peserta-peserta perarakan dijamu dengan minum pagi. Majlis diteruskan pula dengan acara di dalam dewan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Sulaiman Bin Muhammad. Seterusnya majlis di indahkan lagi dengan bacaan Al-Quran yang disampaikan oleh Al-Fadhil  Sarjan Hj. Ali Arashid Bin Sihat dari Pengajian Elektrik & Elektronik. Seterusnya disambung pula dengan bacaan Rawi Barzanji yang dipimpin oleh SI Hj. Abdul Rahaman Bin Yahya dan selawat beramai-ramai di dalam dewan serbaguna MTPDRM. Seterusnya acara kemuncak Maulidur Rasul, penyampaian ceramah bertajuk “Integriti Rasullullah Tauladan Sepanjang Zaman” yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Faizal Bin Abdul Rahman dari Sek. Men. Agama Khairiah, Segamat. Majlis bersurai pada 12:30 tengahari.
    Qari Jemputan

    Pembaca Rawi Berzanji

    Penceramah Undangan

    Program berjalan dengan lancar dan meriah. Maklumbalas yang baik juga diterima daripada semua peserta. Semoga kemeriahan ini berterusan dari tahun ke tahun demi memperingati junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Akhirnya semoga semuanya mendapat keberkatan dan limpah kurniaan Allah S.W.T. Insyaallah.






    Suasana Meriah Perarakan Selawat atas Nabi

    Komandan dan Timbalan turut serta dalam perarakan

    Suasana di perkarangan Masjid As-Sajadah
    Mendengar Ceramah
    Suasana di dalam Dewan Serbaguna MTPDRM
    Selawat Nabi bersama-sama
    Marhaban setelah bacaan rawi
    Cenderakenangan kepada Penceramah
    Y.B Saipol Bahari bersama Komandan dan penceramah 



    Rabu, 8 Februari 2012

    MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H PERINGKAT NEGERI JOHOR DI DAERAH MUAR

    5 Feb 2012 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringkat Negeri Johor di Daerah Muar dirasmikan oleh DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar (Sultan bagi Negeri dan jajahan takluk Johor) dan turut hadir bersama DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah. Sambutan ini disambut meriah bermula dengan perarakan selawat atas nabi mengelilingi bandar Muar sejauh 2.5km yang disertai oleh Baginda Sultan sendiri bersama lebih 40 badan NGO dan jabatan kerajaan di sekitar Johor. Setiap jabatan menghantar 40orang wakil dengan berpakaian seragam lengkap bersamping serta membawa sepanduk dan papan tanda masing-masing.
    Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar tidak ketinggalan menyertai pertandingan perarakan tersebut. Kumpulan ini diketuai oleh Pemangku Ketua BAKA Insp. Abd.Rahim Bin Idris dan Insp. Mohd. Faizul Hisham Bin Mohd. Fuzi. Turut menyertai, kakitangan BAKA serta imam-imam dan AJK Masjid As-Sajadah MTPDRM, APR dan staf MTPDRM.

     Baginda Sultan Johor turut serta perarakan selawat

    Sehubungan dengan itu, Baginda Sultan Johor hari ini mengisytiharkan Bandar Maharani, Muar sebagai Bandar Diraja Johor. Pengisytiharan itu dibuat pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

    Sultan bertitah


    Antara peserta perarakan selawat nabi

    Baginda meminta penduduk bandar ini sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan sekitar dan tidak semata-mata menyerahkan tugas itu kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Muar (MPM)."Allah amat sukakan kebersihan dan mengasihi orang yang sentiasa mengutamakan kebersihan," titah baginda yang sebelum itu mengetuai perarakan Maulidur Rasul. Turut serta Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.
    Menurut baginda, walaupun ada orang menggelar bandar Muar sebagai bandar 'pencen' (bandar untuk menikmati persaraan), ia sebenarnya sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan.
    Baginda turut mengingatkan rakyat di negeri ini supaya tidak mempercayai bulat-bulat maklumat yang disebarkan melalui Internet kerana ia belum tentu benar.


    (Makan Ukhwah) makan dalam talam 

     
    Mesra rakyat