1.
Memberi
fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu dan
pembangunan Islam.
- Mengenalpasti
keperluan latihan dan mengadakan ceramah, syarahan, bengkel, seminar,
simposium dan konvensyen dalam usaha membina peradaban yang dicanai dengan
pegangan Islam disamping membudayakan perkhidmatan kaunseling kepada warga
Polis Diraja Malaysia.
- Merancang,
menyelaras dan menyediakan perkhidmatan kaunseling individu dan kelompok
yang merangkumi 4 aspek:




- Menyediakan
garis panduan dan dokumentasi serta menetapkan dasar berhubung dengan
perkhidmatan dan amalan kaunseling pasukan.
- Merancang
dan melaksanakan ujian-ujian psikologi dan membuat kajian, analisis,
tafsiran serta kajiselidik.
- Sebagai
rujukan dan perunding dalam bidang kaunseling.
- Menyediakan
peluang latihan dan pelaksanaan program latihan dalam bidang kaunseling
melalui rundingan dan perkongsian bijak dengan lain-lain Kementerian,
Agensi Swasta, Badan dan Institusi Pengajian Tinggi.
- Menyimpan
semua fail dan rekod berkenaan kaunseling untuk tujuan tindakan susulan
dan pengumpulan statistik.
- Mendapatkan
pengiktirafan “Personel” yang menjalankan aktiviti psikologi dan
kaunseling.
- Melakukan
pemantauan bagi memastikan aspek-aspek etika dan piawaian standard amalan
kaunseling di setiap peringkat pelaksaan dipatuhi.
- Merancang
dan melaksanakan program dan aktiviti kaunseling untuk semua pegawai
kaunseling dan pegawai pembimbing bagi meningkatkan profesionalisme dan
kualiti kaunseling pasukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan