Bahagian Agama Dan Kaunseling)
Hasrat
untuk menubuhkan Unit Agama dan Kaunseling dalam Polis DiRaja Malaysia (PDRM)
telah wujud sejak tahun 1980an lagi, bila mana para pegawai PDRM pertama kali
dihantar untuk mengikuti pengajian dalam bidang kaunseling di Institusi
Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Kepentingan ilmu agama dan kaunseling telah lama
disedari oleh pucuk pimpinan PDRM. Justeru itu, ianya telah dimasukkan ke dalam
Silibus Kursus Latihan Asas Kepolisan PDRM dan seterusnya ditubuhkan Unit Agama
pada skala yang kecil. Pada 16 Ogos 1996, Unit Kaunseling telah ditubuhkan di
Bahagian Tatatertib Bukit Aman. Pada tahun 2002 unit ini telah distrukturkan
semula menjadi Cawangan Psikologi dan Kaunseling PDRM. Ianya diletakkan di bawah
kawalan Jabatan Pengurusan Bukit Aman.
Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) direalisasikan hasil daripada Laporan Suruhanjaya Penambahbaikan Perjalanan dan Pengurusan PDRM pada 13 Mei 2005 yang mencadangkan agar Unit Agama ditubuhkan untuk pembangunan kerohanian dan moral anggota polis. Oleh yang demikian, BAKA diwujudkan dalam skala yang besar di semua peringkat termasuklah:
* Bukit Aman
* Kontinjen
* Daerah
* Bridged PGA
* Institusi Latihan Polis
* Pasukan Polis Marin
* Pasukan Simpanan Persekutuan
* Pasukan Unit Udara
BAKA telah diluluskan mengikut Waran Perjawatan K41 tahun 2007 bertarikh 3 April 2007dengan perjawatan yang diluluskan sebanyak 1,571 di mana 20% diisi oleh pegawai polis dan selebihnya pegawai awam iaitu dari Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (JAKIM) dan kaunselor dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). BAKA diletakkan di bawah Jabatan Pengurusan. Ianya dibahagikan kepada tiga cawangan iaitu:
* Cawangan Agama
* Cawangan Kaunseling
* Cawangan Pentadbiran

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSy dah keluar baris.. Boleh lagi ke mohon utk tawarkan diri ke BAKA?
BalasPadam