PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Isnin, 12 Mac 2012

    KEM MOTIVASI (Anak-anak warga MTPDRM)

    SABTU 17 Mac 2012. Kem Motivasi anak-anak warga Maktab Teknik PDRM telah diadakan bersempena cuti penggal persekolahan. Kem anjuran Bahagian Agama dan Kaunseling ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para pelajar supaya tidak meninggalkan ibadah, nasihat ibubapa dan pelajaran. Objektif sebenar Kem Motivasi ini adalah untuk memberi kefahaman kepada para pelajar berkenaan dengan pengurusan insan. Kem ini juga mengajar supaya mereka memahami dan menghayati segala ajaran Islam serta memotivasikan diri mereka agar menjadi anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.

    Ucapan Perasmian Dari Ketua Kaunseling BAKA
    Kem yang berlangsung selama 2 hari ini dirasmikan sendiri oleh Pemangku Ketua Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) iaitu Insp. Abd.Rahim Bin Idris. Seramai 42orang telah menyertai kem ini. Kem ini dimulakan dengan Ceramah 1 oleh Ustaz Zaki Bin Mustaffa dari Pejabat Agama Daerah Muar dengan tajuk Pengurusan Insan (Teori). Selepas minum pagi ceramah diteruskan lagi dengan Ceramah 2 dengan tajuk Pengurusan Insan (Praktikal). Ceramah ini menyentuh tentang pengurusan jenazah dan cara-cara melaksanakannya secara praktikal.

    Pada sebelah petang pula, Latihan Dalam Kumpulan (LDK) 1 sesi 'icebreaking' dilakukan oleh fasilitator En. Khairul Nasri Bin Sharifuddin dari BAKA dengan tajuk 'Saya Positif' bertujuan untuk para peserta mengenali antara satu sama lain dalam masa yang singkat. Kem diteruskan dengan aktiviti riadhah petang diisi dengan permainan 'Bang Bang Boom' yang diketuai oleh Pn.Manisah Bt. Ilham (Pegawai Psikologi BAKA) dan permainan 'Belon Pak Don' yang diaturkan oleh Sjn. Sa'don Bin Wajib (Sjn. Kaunseling BAKA).
    Ustaz Zaki Bin Mustaffa

    Model Mayat 'Pengurusan Insan (Praktikal)'

    Model Mayat Yang Telah Siap Dikafankan
    Para peserta diwajibkan solat maghrib berjemaah di Masjid As-Sajadah dan diteruskan dengan solat hajat dan bacaan Yasin beramai-ramai. Selepas solat Isyak berjemaah, sesi LDK 2 dijalankan dengan pengisian bertajuk 'Radio Rosak' oleh En.Fuandy Bin Abd.Razak dan aktiviti  'Cita-citaku' oleh Pn. Manisah Bt. Ilham (Pegawai Psikologi BAKA). Kemudian diakhiri dengan aktiviti Motivasi dan Kesedaran oleh En.Fuandy Bin Abd.Razak (Pen.Pegawai Psikologi BAKA). Pada malam itu, peserta dikehendaki tidur di kawasan dewan dan masjid untuk memudahkan mereka bangun seawal pagi untuk mengerjakan Qiamullail. Aktiviti Qiamullail ini diimamkan oleh Ustaz Mohamed Khairul Bin Nor Muhamad dari Sek.Ren.Agama Bersepadu (SRAB) Muar. Dimulakan dengan solat sunat wudhu', solat tahajjud, solat taubat, solat hajat, tazkirah seterusnya solat subuh berjemaah.

    Keesokan paginya, aktiviti diteruskan dengan Ceramah 3 bertajuk 'Panduan Menjadi Anak Soleh' kemudian diakhiri dengan penyampaian cenderahati serta 'Ukhwahfillah' oleh para fasilitator BAKA.
    Rata-rata para peserta dan ibu bapa berpuas hati dengan Kem Motivasi ini. Kami mengucapkan sekalung tahniah kepada peserta. Semoga segala ilmu yang diberi akan diamalkan kemudiah patuhlah kepada suruhan Allah dan ibu bapa serta guru untuk cemerlang di dunia dan akhirat. Insyaallah..


    Sesi Pendaftaran

    Barisan Fasilitator Kem Motivasi

    Menyemak Kehadiran Peserta

    Ibu bapa peserta yang menghantar anak-anak mereka

    Ustaz Jemputan
    Pengacara Majlis

    Majlis Perasmian

    Suasana Kem Motivasi


    Penyampaian Cenderahati

    Menjamu Selera

    Pengurusan Insan (Teori)

    Di sebalik P.A System

    Peserta Wanita

    Peserta Lelaki

    Gelagat Peserta


    Praktikal Memotong Kain Kafan

    Pengurusan Insan (Praktikal)

    Peserta terpilih menjadi model mayat

    Model Mayat setelah dikafankan

    Sesi makan


    Aktiviti 'Saya Positif' oleh En.Khairul Nasri

    Aktiviti Warm-up 'Chicken Dance'

    Moderator 'Chic Dance'

    Kumpulan Bang-Bang Boom
    Kumpulan Malaysia Boleh
    Kumpulan Sporting
    Kumpulan Khalifah
    Kumpulan Berjaya

    Aktiviti 'Bang Bang Boom'

    Aktiviti 'Belon Pak Don'

    Peserta Menjaga Belon Masing-masing

    Aktiviti 'Radio Rosak'
    Motivasi 'Panduan Menjadi Anak Soleh'

    Ustaz Mohamed Khairul Bin Nor Muhamad
    Motivasi oleh Pn.Manisah
    Suasana di akhir slot Kem Motivasi

    Ibu Bapa turut serta dalam slot motivasi

    Para Fasilitator BAKA




    Jumaat, 9 Mac 2012

    FORUM "BERAKAR KASIH, BERBUNGA SAYANG"


     
    KHAMIS 8 Mac 2012. Jujung-julung kalinya sebuah forum yang sangat menarik telah dianjurkan oleh Bahagian Agama & Kaunseling (BAKA) MTPDRM dengan kerjasama daripada Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Forum ini diadakan di Dewan Serbaguna MTPDRM. Tajuk forum ini juga sangat menarik perhatian ramai iaitu "Berakar Kasih, Berbunga Sayang". Seramai lebih kurang 400orang menyertai forum ini terdiri daripada Pegawai, Anggota, Pegawai Awam dan Peserta Kursus MTPDRM.

    Sesi Pendaftaran

    Para peserta forum

     Objektif forum ini antaranya adalah menjelaskan konsep pengurusan keluarga yang disesuaikan dengan keperluan semasa yang semakin kompleks di kalangan kakitangan MTPDRM. Forum ini juga bertujuan mempertingkatkan kemahiran mengurus institusi kekeluargaan Islam serta melahirkan individu yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pengurusan menyeluruh di dalam keluarga.

    Ucapan dan Perasmian Forum

    Bersesuaian dengan tajuk forum ini, BAKA melantik sepasang suami isteri bahagia di kalangan kakitangan MTPDRM untuk mengacarakan forum bagi menceriakan tajuk yang akan dibincangkan. Forum "Berakar Kasih, Berbunga Sayang" ini disempurnakan dengan majlis perasmian oleh YM Raja Musa Bin Raja Razak iaitu Komandan Maktab Teknik PDRM Muar. Forum ini diserikan lagi dengan dua persembahan nasyid dari kumpulan Sautun Najah dari PERKEP MTPDRM.

    Persembahan Nasyid oleh Sautun Najah (PERKEP)

    Pembentangan Kertas Kerja "Semanis Bicara, Selembut Sentuhan"

    Bagi memulakan forum, kami menjemput penceramah Ustaz Che Hashim Bin Mat Said untuk pembentangan kertas kerja yang bertajuk "Semanis Bicara, Selembut Sentuhan". Setelah selesai pembentangan kertas kerja tersebut, Forum "Berakar Kasih, Berbunga Sayang" dimulakan. Forum ini dikendalikan oleh moderator dari JAKIM iaitu Ustazah Nor Asniah Binti Mohd.Noh. Ahli panel pula terdiri daripada dua orang yang didatangkan khas dari KSK JAKIM iaitu Dr. Abdul Ghaffar bin Surip (Ketua Penolong Pengarah KSK JAKIM) dan Ustazah Sabariah Binti Salleh (Ketua Penolong Pengarah KSK JAKIM).

    Forum Berprestij di MTPDRM

    Panel 1 : Dr.Abdul Ghaffar Bin Surip

    Panel 2 : Ustazah Sabariah Bt. Salleh

    Moderator : Ustazah Asniah Bt. Mohd.Noh

    Alhamdulillah forum ini berjalan dengan lancar dan disambut meriah oleh semua kakitangan MTPDRM. Semoga segala ilmu yang disampaikan dalam forum ini menjadi pedoman untuk pasangan dalam menguruskan rumahtangga seterusnya melahirkan keluarga yang bahagia kekal sampai ke syurga. Insyaallah..

    Penasihat Forum : P/Ketua BAKA

    VIP

    Pasangan Pengacara Majlis
    Berakar Kasih, Berbunga Sayang..

    Penyampaian Cenderahati

    'Tulang Belakang' kejayaan Forum

    Barisan Urusetia Forum (BAKA)