PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Jumaat, 29 Julai 2011

    LAWATAN KE PAMERAN PEDANG RASULULLAH S.A.W DAN SAHABAT R.A


    Khamis - 28 JULAI 2011. Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) MTPDRM telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Kesenian Islam Shah Alam, Selangor. Lawatan ini bersempena dengan Festival Al-Quran & Kesenian Islam serta Pameran Pedang Rasulullah s.a.w dan Sahabat r.a. Seramai 40 orang turut serta dalam rombongan ini terdiri daripada Ketua BAKA, pegawai kanan, pegawai awam, APR serta kakitangan awam MTPDRM. Rombongan bertolak jam 8.30pagi. dengan menaiki sebuah bas. Kami berkesempatan melihat beberapa pameran yang amat menarik dan berguna. Antaranya ialah pameran Al-Quran, pameran seni khat Islam dan melihat sendiri cara mereka menghasilkan khat, pameran Pedang Rasulullah s.a.w dan Sahabat r.a, pameran replika rumah Rasulullah s.a.w serta pameran hasil kesenian Islam. Kami juga bertuah dapat mengunjungi beberapa kedai cenderahati islamik daripada Yayasan Restu serta badan islam yang lain. Barangan yang dijual bercirikan islamik, unik dan amat menarik. Ternyata rombongan julung-julung kali yang dianjurkan oleh BAKA MTPDRM ini mendapat sambutan yang amat baik dari semua peserta dan diminta supaya menganjurkan lagi lawatan sambil belajar sebegini di masa akan datang. Warga BAKA amat berbangga dan berharap lawatan ini menjadi satu pengalaman yang bermakna dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dalam memperjuangkan islam serta menjadi pengajaran buat semua supaya memartabatkan budaya Islam di mata dunia.

    Muzium Kesenian Islam, Shah Alam

    Bas yang dinaiki

    Singgah sarapan..

    Mai Secawan!

    'Ngeteh' jap..

    Dalam bas..

    Antara peserta paling 'exited'

    Baru sampai..

    Di lobi muzium

    Mana satu yang jual tiket ni?

    Taklimat sebelum lawatan

    Khusyuk dengar taklimat dan tayangan video

    Kumpulan nasyid mana lak ni?

    Dengar sini..Jangan main pedang tau kat dalam!

    Berbangga.. Masjid MTPDRM antara yang dipamerkan

    Bergambar untuk kenangan



    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan