PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Isnin, 25 Julai 2011

    LAWATAN KE MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE-53

    BARU-BARU INI, (BAKA)MAKTAB TEKNIK PDRM BAKRI,MUAR TELAH MENGANJURKAN SATU LAWATAN KE KUALA LUMPUR DI DEWAN PUTRA WORLD TRADE CENTRE (PWTC). LAWATAN INI DIADAKAN SEMPENA PERTANDINGAN AKHIR TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE-53 YANG DIADAKAN PADA 23 JULAI 2011 YANG BERMULA SEAWAL JAM 8:30 MALAM. SERAMAI 8ORANG WAKIL DARI MTPDRM BERKUNJUNG MERAIKAN MAJLIS TERSEBUT DIKETUAI OLEH C/INSP ABD.RAHIM BIN IDRIS SELAKU P/KETUA BAKA MTPDRM.

    Tema Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-53 ini adalah ” Persefahaman Asas Perpaduan Ummah ” Majlis ini berlangsung selama 8 hari berturut2 dan di rasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

    Seperti yang diramalkan, jumlah peserta yang bertanding meningkat sebanyak 20 peratus iaitu seramai 76 orang berbanding tahun lepas iaitu seramai 48 orang. Malaysia diwakili oleh qari yang berasal dari Negeri Sembilan manakala wakil qariah berasal dari Johor.

    Johan tilawah dianugerahkan sebuah piala iringan, wang tunai sebanyak RM32,200 beserta cenderamata dan Sijil Penyertaan.

    Naib Johan Qari dan Qariah akan menerima wang tunai berjumlah RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.

    Bagi tempat ketiga pula Qari dan Qariah akan menerima wang tunai sebanyak RM 13,600.00, cenderamata dan juga sijil penyertaan.

    Pemenang
    Qari : Johan - Amirahman Bin Hj. Abas (Malaysia)
    Qariah : Johan - Hjh Suraya Binti Hj.Abu Hassan (Malaysia)

    Tahniah dan Syabas kepada wakil dari Malaysia! Alhamdulillah




    BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA JOHAN QARI DAN JOHAN QARIAH MASING-MASING DARI MALAYSIA




    PESERTA NEGARA YANG MENJADI JOHAN

    Qari : Johan - Amirahman Bin Hj. Abas (N.Sembilan)
    Qariah : Johan - Hjh Suraya Binti Hj.Abu Hassan (Johor)

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan