PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Jumaat, 25 Mac 2011

    Majlis Solat Hajat dan Tahlil Hari Polis


    Surau MTPDRM dengan kerjasama Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA)telah menjayakan majlis solat hajat dan tahlil sempena hari Polis ke-204.

    Majlis diadakan di Surau MTPDRM pada 24 Mac 2011. Majlis di hadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan, APR, Pegawai Awam dari Maktab Teknik dan PULAPOL Muar serta Rekrut PULAPOL Muar.

    Majlis diserikan oleh kehadiran YDH Supt. Mohd Makros bin Hj Tahir dan DSP. Zakaria bin Ismail selaku Pengerusi Surau MTPDRM.




    Rabu, 23 Mac 2011

    Seminar Pembinaan Keluarga Muslim

    Bahagian Agama dan Kaunseling ( BAKA) MTPDRM dengan kerjasama Unit Kaunseling Pejabat Agama Muar telah berjaya melaksanakan kursus selama sehari iaitu Seminar Pembinaan Keluarga Muslim pada 22 Mac 2011.

    Majlis di rasmikan oleh YM Raja Musa bin Raja Razak Komandan MTPDRM. Seminar di hadiri oleh Kakitangan Maktab TEknik, PULAPOL Muar dan PGA Batalion 6 Muar yang terdiri daripada Pegawai Kanan, APR dan Kakitangan Awam.




    Rabu, 2 Mac 2011

    Taklimat Pengurusan Kewangan




    Bahagian Agama dan Kaunseling MTPDRM dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah berjaya melaksanakan Taklimat Pengurusan Kewangan pada 1 Mac 2011.