PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Ahad, 31 Julai 2011

    PROGRAM MOTIVASI SEKOLAH

    Sabtu, 30 Julai 2011- BAKA MTPDRM telah beri kepercayaan oleh Sekolah Agama Batu 6 Bakri, Muar Johor untuk mengendalikan satu program motivasi yang diadakan khas untuk pelajar darjah 6 dan darjah khas sekolah terbabit. seramai 160 orang pelajar menyertai program tersebut. Sambutan dan kerjasama yang diterima menggalakkan. Berkat kerjasama, kesabaran dan restu Ilahi, program tersebut dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharap segala ilmu yang diterapkan dapat digarab dan memberi impak yang positif kepada pelajar terbabit untuk menjadi insan yang boleh berbakti kepada diri, keluarga dan negara satu hari kelak hendaknya. Amin....


    TUAN RAHIM BERSAMA GURU BESAR SEKOLAH


    IKUT APA BOSS BUAT YA...


    BANYAK-BANYAK MAKAN VITAMIN "C".....





    KHUSYUK NYER...

            

    PESERTA MENGAMATI SETIAP BIBIT KATA YANG DIUCAPKAN...


    TUNDUK TANDANYA???


    BERGAMBAR KENANGAN


    1ST STEP "ANCHOR" OLEH TUAN RAHIM

    Jumaat, 29 Julai 2011

    LAWATAN KE PAMERAN PEDANG RASULULLAH S.A.W DAN SAHABAT R.A


    Khamis - 28 JULAI 2011. Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) MTPDRM telah menganjurkan satu lawatan sambil belajar ke Muzium Kesenian Islam Shah Alam, Selangor. Lawatan ini bersempena dengan Festival Al-Quran & Kesenian Islam serta Pameran Pedang Rasulullah s.a.w dan Sahabat r.a. Seramai 40 orang turut serta dalam rombongan ini terdiri daripada Ketua BAKA, pegawai kanan, pegawai awam, APR serta kakitangan awam MTPDRM. Rombongan bertolak jam 8.30pagi. dengan menaiki sebuah bas. Kami berkesempatan melihat beberapa pameran yang amat menarik dan berguna. Antaranya ialah pameran Al-Quran, pameran seni khat Islam dan melihat sendiri cara mereka menghasilkan khat, pameran Pedang Rasulullah s.a.w dan Sahabat r.a, pameran replika rumah Rasulullah s.a.w serta pameran hasil kesenian Islam. Kami juga bertuah dapat mengunjungi beberapa kedai cenderahati islamik daripada Yayasan Restu serta badan islam yang lain. Barangan yang dijual bercirikan islamik, unik dan amat menarik. Ternyata rombongan julung-julung kali yang dianjurkan oleh BAKA MTPDRM ini mendapat sambutan yang amat baik dari semua peserta dan diminta supaya menganjurkan lagi lawatan sambil belajar sebegini di masa akan datang. Warga BAKA amat berbangga dan berharap lawatan ini menjadi satu pengalaman yang bermakna dan menghayati perjuangan Rasulullah s.a.w dalam memperjuangkan islam serta menjadi pengajaran buat semua supaya memartabatkan budaya Islam di mata dunia.

    Muzium Kesenian Islam, Shah Alam

    Bas yang dinaiki

    Singgah sarapan..

    Mai Secawan!

    'Ngeteh' jap..

    Dalam bas..

    Antara peserta paling 'exited'

    Baru sampai..

    Di lobi muzium

    Mana satu yang jual tiket ni?

    Taklimat sebelum lawatan

    Khusyuk dengar taklimat dan tayangan video

    Kumpulan nasyid mana lak ni?

    Dengar sini..Jangan main pedang tau kat dalam!

    Berbangga.. Masjid MTPDRM antara yang dipamerkan

    Bergambar untuk kenangan



    Khamis, 28 Julai 2011

    PROGRAM ISTERI CEMERLANG, IBU GEMILANG

    Pada 27 Julai 2011, Cawangan Kaunseling telah menganjurkan satu program khas untuk ahli-ahli PERKEP MTPDRM iaitu Program "ISTERI CEMERLANG, IBU GEMILANG " (ICIG). Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan isteri warga PDRM dalam mengurus rumahtangga dengan menggunkan pendekatan psikologi. Selain itu juga program ICIG ini diadakan adalah untuk membantu warga PERKEP MTPDRM mengenalpasti potensi diri yang wujud seterusnya dapat meningkatkan kendiri positif mereka dalam melaksanakn tanggungjawab sebagai ibu dalam mengurus anak-anak. Pameran daripada JKM daerah Muar turut diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan serta memberi input-input positif yang boleh di garap sebagai panduan hidup.



    SESI PENDAFTARAN PESERTA


    VIP PROGRAM, DARI KIRI TUAN RAHIM,YM KOMANDAN & EN. SUDARMAN (JKM MUAR)


    PARA PESERTA MENGAMINKAN DOA MEMOHON KEBERKATAN DARI ILAHI


    ANTARA PAMERAN DARIPADA JKM DAERAH MUAR


    ANTARA PESERTA YANG BERSEMANGAT WAJA DARI AWAL PROGRAM HINGGA AKHIR


    SIAP MAIN TARIK TALI LAGI. HEAH....HEAH...TARIK...TARIK...


    KHUSUKNYA...MACAM JAWAB EXAM YER...


    SESI PERKONGSIAN PENGALAMAN BERSAMA US. JOWEL


    BERGAMBAR KENANGAN SEBAHAGIAN WARGA BAKA MTPDRM BERSAMA YM KOMANDAN


    PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA YM KOMANDAN

    Selasa, 26 Julai 2011

    MAJLIS KESYUKURAN

    MAJLIS KESYUKURAN INI DIADAKAN SEMPENA MERAIKAN 3 ORANG ANGGOTA BAKA YANG BARU SAHAJA BERGELAR IBU DAN BAPA


    PENYAMPAIAN CENDERAHATI BAKA KEPADA EN. MUHAMMAD FUANDY & ISTERI


    PENYAMPAIAN CENDERAHATI BAKA KEPADA US. AHMAD FADZIL & ISTERI


    PENYAMPAIAN CENDERAHATI BAKA KEPADA PN. MANISAH & SUAMI


    SAAT YANG DINANTIKAN



    ANTARA HADIRIN YANG HADIR


    RAGAM IBU DAN ANAK

    Isnin, 25 Julai 2011

    LAWATAN KE MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE-53

    BARU-BARU INI, (BAKA)MAKTAB TEKNIK PDRM BAKRI,MUAR TELAH MENGANJURKAN SATU LAWATAN KE KUALA LUMPUR DI DEWAN PUTRA WORLD TRADE CENTRE (PWTC). LAWATAN INI DIADAKAN SEMPENA PERTANDINGAN AKHIR TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE-53 YANG DIADAKAN PADA 23 JULAI 2011 YANG BERMULA SEAWAL JAM 8:30 MALAM. SERAMAI 8ORANG WAKIL DARI MTPDRM BERKUNJUNG MERAIKAN MAJLIS TERSEBUT DIKETUAI OLEH C/INSP ABD.RAHIM BIN IDRIS SELAKU P/KETUA BAKA MTPDRM.

    Tema Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Kali ke-53 ini adalah ” Persefahaman Asas Perpaduan Ummah ” Majlis ini berlangsung selama 8 hari berturut2 dan di rasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

    Seperti yang diramalkan, jumlah peserta yang bertanding meningkat sebanyak 20 peratus iaitu seramai 76 orang berbanding tahun lepas iaitu seramai 48 orang. Malaysia diwakili oleh qari yang berasal dari Negeri Sembilan manakala wakil qariah berasal dari Johor.

    Johan tilawah dianugerahkan sebuah piala iringan, wang tunai sebanyak RM32,200 beserta cenderamata dan Sijil Penyertaan.

    Naib Johan Qari dan Qariah akan menerima wang tunai berjumlah RM22,400, cenderamata dan sijil penyertaan.

    Bagi tempat ketiga pula Qari dan Qariah akan menerima wang tunai sebanyak RM 13,600.00, cenderamata dan juga sijil penyertaan.

    Pemenang
    Qari : Johan - Amirahman Bin Hj. Abas (Malaysia)
    Qariah : Johan - Hjh Suraya Binti Hj.Abu Hassan (Malaysia)

    Tahniah dan Syabas kepada wakil dari Malaysia! Alhamdulillah




    BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA JOHAN QARI DAN JOHAN QARIAH MASING-MASING DARI MALAYSIA




    PESERTA NEGARA YANG MENJADI JOHAN

    Qari : Johan - Amirahman Bin Hj. Abas (N.Sembilan)
    Qariah : Johan - Hjh Suraya Binti Hj.Abu Hassan (Johor)