PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Isnin, 13 Februari 2012

    SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H PERINGKAT MAKTAB TEKNIK PDRM

    AHAD, 12 FEB 2012- Satu program keagamaan bersempena dengan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. telah diadakan. Majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Maktab Teknik PDRM ini dianjurkan oleh Masjid As-Sajadah, MTPDRM.
    Untuk julung-kalinya, sambutan Maulidur Rasul ini disambut secara besar-besaran. Program dimulakan dengan perarakan beramai-ramai yang diselangi dengan selawat ke atas Nabi S.A.W. Perarakan bermula dari tadika di kompleks perumahan MTPDRM dan berakhir di Masjid As-Sajadah. Perarakan disertai oleh seramai lebih kurang 650 orang yang terdiri daripada YM Komandan, Pegawai-pegawai kanan, Anggota pangkat rendah, pegawai-pegawai awam dan turut disertai ahli keluarga kakitangan MTPDRM serta Tadika KEMAS MTPDRM.

    Sesudah sampai ke masjid, peserta-peserta perarakan dijamu dengan minum pagi. Majlis diteruskan pula dengan acara di dalam dewan. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Sulaiman Bin Muhammad. Seterusnya majlis di indahkan lagi dengan bacaan Al-Quran yang disampaikan oleh Al-Fadhil  Sarjan Hj. Ali Arashid Bin Sihat dari Pengajian Elektrik & Elektronik. Seterusnya disambung pula dengan bacaan Rawi Barzanji yang dipimpin oleh SI Hj. Abdul Rahaman Bin Yahya dan selawat beramai-ramai di dalam dewan serbaguna MTPDRM. Seterusnya acara kemuncak Maulidur Rasul, penyampaian ceramah bertajuk “Integriti Rasullullah Tauladan Sepanjang Zaman” yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd Faizal Bin Abdul Rahman dari Sek. Men. Agama Khairiah, Segamat. Majlis bersurai pada 12:30 tengahari.
    Qari Jemputan

    Pembaca Rawi Berzanji

    Penceramah Undangan

    Program berjalan dengan lancar dan meriah. Maklumbalas yang baik juga diterima daripada semua peserta. Semoga kemeriahan ini berterusan dari tahun ke tahun demi memperingati junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Akhirnya semoga semuanya mendapat keberkatan dan limpah kurniaan Allah S.W.T. Insyaallah.






    Suasana Meriah Perarakan Selawat atas Nabi

    Komandan dan Timbalan turut serta dalam perarakan

    Suasana di perkarangan Masjid As-Sajadah
    Mendengar Ceramah
    Suasana di dalam Dewan Serbaguna MTPDRM
    Selawat Nabi bersama-sama
    Marhaban setelah bacaan rawi
    Cenderakenangan kepada Penceramah
    Y.B Saipol Bahari bersama Komandan dan penceramah 



    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan