Pada 23 Ogos 2011 bersamaan 23 Ramadhan 1432H, Surau Maktab Teknik PDRM dengan kerjasama PULAPOL Muar telah menganjurkan majlis Khatam al-Quran dan Berbuka Puasa Perdana. Majlis yang bermula jam 6.15 petang diserikan lagi dengan kehadiran Komandan Maktab Teknik PDRM YM SAC Raja Musa bin Raja Razak serta Pengarah Urusan MAMPAN Catering iaitu yang dihormati Dato’ Hj.Nordin Bin Hj.Mohd. Nor Majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah lazim oleh peserta Tadarus al-Quran yang terdiri daripada pegawai, APR dan kakitangan awam dari Maktab Teknik PDRM dan juga PULAPOL Muar. Majlis diteruskan lagi dengan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan anak fakir miskin yang disampaikan oleh YM Komandan Maktab Teknik PDRM dan juga yang dihormati Dato’ Hj.Nordin dan diakhiri dengan selawat atas Nabi s.a.w. Sesudah itu majlis diteruskan dengan berbuka puasa Perdana beramai-ramai. Kemudian, dilanjutkan dengan solat tarawih yang dilakukan dengan 8 Rakaat diselangi Tazkirah pada rakaat yang ke – 4 yang telah disampaikan oleh SJN Yusof bin Che Mat (Imam 2 Surau MTPDRM).
Dato` Hj.Nordin (tiga dari kiri) bersama dif jemputan lain
YM Komandan bersalaman dengan peserta tadarus al-Quran
Antara peserta Tadarus Al-Quran
Dipengerusikan oleh ASP Jemain Bin Salim
Penyampaian sumbangan oleh YM Raja Musa dan Dato` Hj.Nordin
Marhaban dan penyampaian bunga telur
Wakil penduduk tempatan yang turut serta
Buka Puasa Perdana
Berbuka puasa beramai-ramai