PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Khamis, 15 September 2011

    KURSUS SMART SOLAT


    Rabu-14 September 2011 bersamaan 16 Syawal 1432H. Cawangan Agama telah berjaya menganjurkan Kursus Smart Solat yang diadakan di Dewan Mutiara MTPDRM jam 8:30 pagi semalam. Para peserta terdiri daripada Pegawai, APR dan Pegawai Awam, MTPDRM dan PULAPOL Muar. Program dimulakan dengan Majlis Perasmian Kursus Smart Solat yang disempurnakan sendiri oleh YDH Komandan Maktab Teknik PDRM iaitu YM SAC Raja Musa Bin Raja Razak. Kami berasa bangga dengan kehadiran beliau dan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa.

    Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dengan ini,
    saya merasmikan Kursus Smart Solat ini - YM Komandan

    Kami juga berasa bertuah kerana penceramah kali ini didatangkan khas dari Jabatan Agama Islam Melaka. Mereka adalah dikalangan Imam1 Masjid Al-Azim Melaka iaitu Ustaz Mohd.Hidhir Bin Hamidon dan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIM Ustaz Mohd.Firdauz Bin Mohd.Shukran.

    Ustaz Mohd.Firdauz

    Antara topik yang dibincangkan ialah Kaifiat Berwudhuk Dan Kesannya, kemudian topik Kaifiat Solat Dan Peranannya Dalam Kehidupan, disusuli topik Teknik Bacaan Dalam Solat dan topik terakhir Zikir-Zikir Ringkas Selepas Solat. Ceramah yang disampaikan amat memberangsangkan dan berguna. Banyak ilmu yang baru dikongsikan bersama kepada para peserta. Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah yang sudi memberi ilmu yang bermanfaat.
    Ustaz Mohd.Hidhir
    Alhamdulillah program kali ini berjalan dengan lancar dan menurut kajian soal selidik, kebanyakan peserta melahirkan rasa puas hati setelah menyertai kursus ini dan mereka mengharapkan program ini dilanjutkan dengan latihan solat secara praktikal dan amali. Pihak BAKA MTPDRM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diamalkan dan dipanjangkan kepada keluarga dan kawan-kawan. Insyaallah..


    Cenderahati kepada YM Komandan

    Cenderahati kepada penceramah

    Hensem gak ustaz ni..harap-harap lum kawen..
    Semoga perkongsian ilmu ini diberkati Allah. Amin..
    Betul la ustaz tu cakap..kitorang kene betulkan solat lepas ni..

    Khamis, 25 Ogos 2011

    Majlis Khatam al-Quran dan Berbuka Puasa Perdana Peringkat Surau Maktab Teknik PDRM dan PULAPOL Muar

    Pada 23 Ogos 2011 bersamaan 23 Ramadhan 1432H, Surau Maktab Teknik PDRM dengan kerjasama PULAPOL Muar telah menganjurkan majlis Khatam al-Quran dan Berbuka Puasa Perdana. Majlis yang bermula jam 6.15 petang diserikan lagi dengan kehadiran Komandan Maktab Teknik PDRM YM SAC Raja Musa bin Raja Razak serta Pengarah Urusan MAMPAN Catering iaitu yang dihormati Dato’ Hj.Nordin Bin Hj.Mohd. Nor Majlis dimulakan dengan bacaan surah-surah lazim oleh peserta Tadarus al-Quran yang terdiri daripada pegawai, APR dan kakitangan awam dari  Maktab Teknik PDRM dan juga PULAPOL Muar. Majlis diteruskan lagi dengan sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim dan anak fakir miskin yang disampaikan oleh YM Komandan Maktab Teknik PDRM dan juga yang dihormati Dato’ Hj.Nordin dan diakhiri dengan selawat atas Nabi s.a.w. Sesudah itu majlis diteruskan dengan berbuka puasa Perdana beramai-ramai. Kemudian, dilanjutkan dengan solat tarawih yang dilakukan dengan 8 Rakaat diselangi Tazkirah pada rakaat yang ke – 4 yang telah disampaikan oleh SJN Yusof bin Che Mat (Imam 2 Surau MTPDRM).


    Dato` Hj.Nordin (tiga dari kiri) bersama dif jemputan lain

    YM Komandan bersalaman dengan peserta tadarus al-Quran

    Antara peserta Tadarus Al-Quran

    Dipengerusikan oleh ASP Jemain Bin Salim

    Penyampaian sumbangan oleh YM Raja Musa dan Dato` Hj.Nordin

    Marhaban dan penyampaian bunga telur

    Marhaban dan Selawat Nabi Beramai-ramai

     
    Wakil penduduk tempatan yang turut serta


    Buka Puasa Perdana
    Berbuka puasa beramai-ramai

    Rabu, 24 Ogos 2011

    PROGRAM IHYA` RAMADHAN 2011 (Minggu 4) - Ceramah Mencari Lailatul Qadar


    Isnin, 22 Ogos 2011 (22 Ramadhan 1432 H) – Selepas menganjurkan Ceramah Nuzul al-Quran, Program Ihya` Ramadhan BAKA sekali lagi mengadakan satu ceramah bersempena Lailatul Qadar. Ceramah disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Amran Bin Mat Kahar dari Madrasah Darul Istiqamah, Simpang Baba, Muar. Ceramah yang diadakan di Surau MTPDRM ini, turut dihadiri oleh YM SAC Raja Musa Bin Raja Razak, Komandan MTPDRM. Seramai 45 orang yang terdiri dari pegawai kanan, APR dan kakitangan awam telah menghadiri program ceramah tersebut. Ceramah ini diadakan bertujuan memberikan panduan dan cara untuk mendapatkan kelebihan–kelebihan yang terdapat di dalam Lailatul Qadar serta menjejak bagaimana cara untuk mendapatkan malam yang lebih baik dari 1000 bulan itu. Program yang bermula jam 11:30pagi ini diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh YM Komandan MTPDRM seterusnya disudahi dengan solat Zohor berjemaah.

    Al-Fadhil Ustaz Amran Bin Mat Kahar

    YM Komandan dan Pegawai-pegawai Kanan

    Para hadirin yang dirahmati Allah..


    Lailatul Qadar lebih baik dari seribu bulan!

    Syok la ustaz ni bagi ceramah..

    Peserta khusyuk mendengar ceramah




    Terima kasih Ya Ustaz..

    Jumaat, 19 Ogos 2011

    PROGRAM IHYA` RAMADHAN 2011 (Minggu 3) - Ceramah Kelebihan Nuzul Al-Quran

    RABU 17 Ogos 2011 (17 Ramadhan 1432 H) – Satu pogram hari kebesaran Islam iaitu Ceramah Nuzul al-Quran telah diadakan di Surau Maktab Teknik PDRM. Nuzul al-quran disambut bagi memperingati peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan iaitu turunnya kitab suci al-Quran. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Ceramah Nuzul al-Quran tersebut disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Mohd Nizam bin Ali. Ceramah tersebut telah dihadiri seramai 50 orang yang terdiri daripada Pegawai-pegawai kanan, APR, peserta kursus dan kakitangan awam Maktab Teknik PDRM dan PULAPOL Muar.

    Penceramah Ustaz Nizam Bin Ali

    Pegawai dan peserta yang turut hadir

    Terhibur dengan jenaka daripada penceramah

    Khusyuk mendengar ceramah

    Antara peserta wanita yang turut hadir

    Pn.Manisah Pegawai kaunseling(kanan) bersama peserta lain

    Penyampaian cenderahati oleh DSP Zakaria

    Jumaat, 12 Ogos 2011

    PROGRAM IHYA` RAMADHAN 2011 (Minggu 2) Bimbingan dan Kaunseling Dalam Islam

    10 OGOS 2011, Rabu (10 Ramadhan)- Program Ihya` Ramadhan bertajuk Bimbingan dan Kaunseling Dalam Islam telah diadakan bertempat di Surau MTPDRM. Program Ihya` Ramadhan ini merupakan program berkala yang diadakan bersempena dengan bulan suci Ramadhan disepanjang minggu dan dikendalikan oleh cawangan agama dan cawangan kaunseling. Ceramah Bimbingan dan Kaunseling Dalam Islam ini telah disampaikan oleh Dr Abd Jalil pegawai psikologi s48 daripada Bukit Aman.




    DR ABD JALIL MENYAMPAIKAN CERAMAH YANG MEMUKAU PESERTA PROGRAM


    SEBAHAGIAN DARIPADA PESERTA YANG HADIR


    KHUSUK MENDENGAR CERAMAH


    SEBILANGAN PESERTA PEREMPUAN YANG HADIR
    .

    Jumaat, 5 Ogos 2011

    PROGRAM IHYA` RAMADHAN 2011 (Minggu 1) - Impak Ramadhan Terhadap Psikologi Insan

    Rabu 3 Ogos 2011, bersamaan 3 Ramadhan - Bersempena dengan kedatangan bulan suci Ramadhan, BAKA MTPDRM telah menganjurkan satu program ihya ramadhan kepada warga MTPDRM. Program ini dijalankan secara berkala sekali seminggu selama sebulan. Pada minggu pertama ini, ceramah bertajuk Impak Ramadhan Terhadap Psikologi Manusia telah diadakan di surau MTPDRM dan telah didatangkan khas daripada BAKA Bukit Aman iaitu En. Mohd Nazrul Bin Ahmad Penolong Pegawai Psikologi s27. Ceramah ini bertujuan untuk membantu para peserta ceramah memahami impak psikologi yang dialami dalam menunaikan ibadah puasa. Peserta ceramah ini terdiri daripada  warga MTPDRM sendiri dan turut dihadiri oleh ahli-ahli PERKEP yang bersama-sama meraikan hari PERKEP yang jatuh pada setiap 3 Ogos. Seramai hampir 40 orang peserta menghadiri ceramah tersebut. Ceramah tersebut bermula pada jam 11.30 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.  


    PENCERAMAH JEMPUTAN

     SEBILANGAN AHLI PERKEP YANG MEMERIAHKAN PROGRAM

    PENYAMPAIAN CENDERAHATI OLEH ASP JEMAIN
    KEPADA PENCERAMAH JEMPUTAN