PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Khamis, 15 September 2011

    KURSUS SMART SOLAT


    Rabu-14 September 2011 bersamaan 16 Syawal 1432H. Cawangan Agama telah berjaya menganjurkan Kursus Smart Solat yang diadakan di Dewan Mutiara MTPDRM jam 8:30 pagi semalam. Para peserta terdiri daripada Pegawai, APR dan Pegawai Awam, MTPDRM dan PULAPOL Muar. Program dimulakan dengan Majlis Perasmian Kursus Smart Solat yang disempurnakan sendiri oleh YDH Komandan Maktab Teknik PDRM iaitu YM SAC Raja Musa Bin Raja Razak. Kami berasa bangga dengan kehadiran beliau dan mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi meluangkan masa.

    Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim dengan ini,
    saya merasmikan Kursus Smart Solat ini - YM Komandan

    Kami juga berasa bertuah kerana penceramah kali ini didatangkan khas dari Jabatan Agama Islam Melaka. Mereka adalah dikalangan Imam1 Masjid Al-Azim Melaka iaitu Ustaz Mohd.Hidhir Bin Hamidon dan Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa JAIM Ustaz Mohd.Firdauz Bin Mohd.Shukran.

    Ustaz Mohd.Firdauz

    Antara topik yang dibincangkan ialah Kaifiat Berwudhuk Dan Kesannya, kemudian topik Kaifiat Solat Dan Peranannya Dalam Kehidupan, disusuli topik Teknik Bacaan Dalam Solat dan topik terakhir Zikir-Zikir Ringkas Selepas Solat. Ceramah yang disampaikan amat memberangsangkan dan berguna. Banyak ilmu yang baru dikongsikan bersama kepada para peserta. Jutaan terima kasih diucapkan kepada penceramah yang sudi memberi ilmu yang bermanfaat.
    Ustaz Mohd.Hidhir
    Alhamdulillah program kali ini berjalan dengan lancar dan menurut kajian soal selidik, kebanyakan peserta melahirkan rasa puas hati setelah menyertai kursus ini dan mereka mengharapkan program ini dilanjutkan dengan latihan solat secara praktikal dan amali. Pihak BAKA MTPDRM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga ilmu yang diperolehi dapat diamalkan dan dipanjangkan kepada keluarga dan kawan-kawan. Insyaallah..


    Cenderahati kepada YM Komandan

    Cenderahati kepada penceramah

    Hensem gak ustaz ni..harap-harap lum kawen..
    Semoga perkongsian ilmu ini diberkati Allah. Amin..
    Betul la ustaz tu cakap..kitorang kene betulkan solat lepas ni..