PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Jumaat, 8 Februari 2013

    Kursus Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam Bil. 2 Siri 1/2013


    Selasa 05 Feb. 2013. Kursus Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam Bil.2 Siri 1/2013 telah diadakan di Dewan Serbaguna Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor (MTPDRM). Kursus selama 3 hari yang dianjurkan oleh Cawangan Agama dari Bahagian Agama & Kaunseling MTPDRM ini bermula dari 05/02/13 – 07/02/13. Seramai 50 orang telah menyertai kursus ini. Mereka terdiri daripada 1 orang pegawai dan selebihnya adalah anggota dan pegawai awam dari Maktab Teknik PDRM, PULAPOL Muar dan PGA Batalion 6 Muar.




    Objektif kursus anjuran BAKA ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai  prosedur perkahwinan dan undang-undang kekeluargaan dari perspektif Islam. Selain itu objektif lainnya adalah memberikan kefahaman tanggungjawab suami dan peranan isteri serta pengurusan konflik  dalam sesebuah keluarga muslim. Dan diharap semoga dengan adanya kursus sebegini akan melahirkan lebih ramai individu yang celik undang-undang ke arah membentuk keluarga Islam yang bahagia, berilmu, prihatin dan penyayangHari pertama dimulakan dengan Ceramah 1 yang bertajuk Perkahwinan dan Prosedur dan disudahi dengan Ceramah 2 tentang Pembubaran Perkahwinan. Kedua-dua ceramah ini disampaikan oleh Ustazah Rohaya binti Mohamad yang dijemput khas dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).Hari kedua disajikan dengan Ceramah 3 iaitu Pengurusan Konflik suami isteri dan disusuli Ceramah 4 iaitu Ihdad, ‘Iddah dan Poligami. Kedua-dua ceramah tersebut disampaikan oleh oleh Ustazah Siti Arfah Bt.Yusof yang bertajuk Pengurusan Konflik Suami Isteri. Beliau merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam di Unit Pembangunan Keluarga pengkhususan dalam Rundingcara Kekeluargaan dijemput khas dari Jabatan Agama Johor. Pada sebelah petang pula, diteruskan dengan Ceramah 5 yang bertajuk Hadhanah dan Pengurusan Harta keluarga Islam. Ceramah disampaikan oleh Yang Arif Tn. Haji Mohd. Syakirin bin Omar iaitu Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Muar.



    Pada hari ketiga diteruskan dengan Ceramah 6 (terakhir) bertajuk Penalti di bawah Undang-Undang Islam yang disampaikan oleh Ustaz Mohd. Basri bin Abd. Kadir dari Mahkamah rendah Syariah Ledang. Kemudian disusuli acara kemuncak iaitu Majlis Perasmian Penutupan kursus. Majlis dipengerusikan oleh En. Khairul Nasri bin Sharifuddin dari BAKA MTPDRM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Sulaiman Bin Mohamad diiringi ucapan wakil peserta kursus iaitu Insp. Mohd. Fadzli bin Che Md. Rose dan disudahi dengan ucapan YDH Komandan SAC YM Raja Musa bin Raja Razak sekaligus menyempurnakan Perasmian Penutupan Kursus Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam Bil.2 Siri 1/2013. Harapan kami semoga para peserta kursus dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang telah disampaikan oleh penceramah dalam situasi keluarga masing-masing. Carilah kebahagiaan di dalam rumahtangga.Wujudkan suasana penghayatan Islam dan kedamaian dalam keluarga, penjagaan kesihatan, wujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah serta amalkan perhubungan yang baik dan berkesan serta membina sifat penyayang dan toleransi di kalangan anggota keluarga. Insyaallah akan mencapai matlamat `RUMAHKU SYURGAKU'.