PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Khamis, 27 Februari 2014

    Kursus Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam Bil.3 Siri 1/2014


    ISNIN 24 FEBRUARI 2014. Kursus Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam Bil.3 Siri 1/2014 telah diadakan di Dewan Serbaguna Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor (MTPDRM). Kursus selama 3 hari yang dianjurkan oleh Cawangan Agama dari Bahagian Agama dan Kaunseling MTPDRM ini bermula dari 24/02/14 - 26/02/14. Seramai 40 orang telah menyertai kursus ini. Mereka terdiri daripada APR dan pegawai awam dari Maktab Teknik PDRM dan IPD Muar.

    Objektif kursus anjuran BAKA ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai  prosedur perkahwinan dan undang-undang kekeluargaan dari perspektif Islam. Selain itu objektif lainnya adalah memberikan kefahaman tanggungjawab suami dan peranan isteri serta pengurusan konflik  dalam sesebuah keluarga muslim. Dan diharap semoga dengan adanya kursus sebegini akan melahirkan lebih ramai individu yang celik undang-undang ke arah membentuk keluarga Islam yang bahagia, berilmu, prihatin dan penyayang.

    Hari pertama dimulakan dengan Ceramah 1 yang bertajuk Perkahwinan dan Prosedur dan disudahi dengan Ceramah 2 tentang Pengurusan Konflik Suami Isteri. Kedua-dua ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Mohd. Assubhi Bin Sidon. Pegawai Dakwah, Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat.

    Hari kedua disajikan dengan Ceramah 3 iaitu Ihdad, `Iddah dan Poligami dan disusuli Ceramah 4 iaitu Pembubaran Perkahwinan. Kedua-dua ceramah tersebut disampaikan oleh Ustazah Siti Arfah Bt.Yusof yang Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Johor.  Pada sebelah petang pula, diteruskan dengan Ceramah 5 oleh Y.A Tuan Afizul Hakim Bin Ibakarim, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Muar bertajuk Hadhanah dan Pengurusan Harta Keluarga Islam.

    Pada hari ketiga diteruskan dengan Ceramah 6 (terakhir) bertajuk Penalti di Bawah Undang-Undang Islam yang juga disampaikan oleh Y.A Tuan Afizul Hakim Bin Ibakarim.  Kemudian disusuli acara kemuncak iaitu Majlis Perasmian Penutupan kursus yang disempurnakan oleh Insp. Abd. Rahim Bin Idris, Ketua BAKA MTPDRM.

    Harapan kami semoga para peserta kursus dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang telah disampaikan oleh penceramah dalam situasi keluarga masing-masing. Carilah kebahagiaan di dalam rumahtangga. Wujudkan suasana penghayatan Islam dan kedamaian dalam keluarga, penjagaan kesihatan, wujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah serta amalkan perhubungan yang baik dan berkesan serta membina sifat penyayang dan toleransi di kalangan anggota keluarga. Insyaallah akan mencapai matlamat `RUMAHKU SYURGAKU'.