PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Jumaat, 26 Oktober 2012

    SEMINAR PEMAHAMAN KONSEP ASAS PEMBINAAN KELUARGA MUSLIM



    RABU 24 OKTOBER 2012 - Alhamdulillah sekali lagi Cawangan Agama, BAKA MTPDRM telah berjaya menganjurkan satu seminar berkonsepkan kekeluargaan Islam. Seminar Pemahaman Konsep Asas Pembinaan Keluarga Muslim Bil.1 Siri 1/2012 ini diadakan separuh hari bermula dari jam 8.00pagi hingga 1.00petang. Seminar ini dihadiri oleh seramai lebih daripada 100 orang yang terdiri daripada pegawai, APR, dan pegawai awam dari Maktab Teknik PDRM, Pulapol Muar, dan PGA Batalion 6 Muar.

    Objektif seminar ini adalah pertamanya memberi kefahaman tentang konsep asas pembinaan keluarga dalam Islam. Keduanya adalah untuk melahirkan warga PDRM yang mampu mempraktikkan teori dan pendekatan pembinaan keluarga bahagia. Manakala objektif terakhirnya adalah menjadikan Islam sebagai panduan hidup berkeluarga.

    Seminar Pemahaman Konsep Asas Pembinaan Keluarga Muslim ini diisi dengan dua ceramah berbeza. Ceramah pertama dimulakan oleh penceramah jemputan dari Unit Pembangunan Keluarga, Pejabat Kadi daerah Muar iaitu Ustaz Ariffin Bin Mat Yunan. Beliau yang mempunyai banyak pengalaman mengendalikan kursus perkahwinan dan kes-kes rumahtangga, membawa ceramah bertajuk Konsep Perkahwinan Dalam Islam. Ceramah ini menyentuh tentang matlamat dan tujuan utama perkahwinan, mengetahui mengapa perlu berkahwin dan bagaimana menjaga hubungan pasangan hingga akhir usia.

    Ceramah kedua pula menyentuh tentang Peranan Akidah dan Ibadah Dalam Kehidupan Keluarga Muslim. Ceramah ini disampaikan oleh penceramah jemputan khas iaitu Tuan Kadi daerah Ledang, As-Syeikh Haji Sulaiman Bin Maidin. Akidah dan ibadah memang tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan keluarga muslim kerana kedua-duanya adalah tunggak utama untuk mencapai kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga didunia dan akhirat.

    Sekalung penghargaan dan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini terutama kepada pegawai jemputan iaitu Supt. Kamaruddin Bin Kutik (Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik MTPDRM) kerana sudi hadir di majlis ilmu ini. Semoga segala ilmu yang diperolehi daripada seminar ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin demi mencapai matlamat keluarga muslim yang bahagia dan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. Insyaallah..

    Isnin, 8 Oktober 2012

    KURSUS PEMAHAMAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

    RABU 03 0KTOBER 2012. Kursus Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam Bil.1 Siri 1/2012 telah diadakan di Dewan Serbaguna Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor (MTPDRM). Kursus selama 3 hari yang dianjurkan oleh Cawangan Agama dari Bahagian Agama & Kaunseling MTPDRM ini bermula dari 03/10/12 - 05/10/12. Seramai 43 orang telah menyertai kursus ini. Mereka terdiri daripada 4orang pegawai dan selebihnya adalah anggota dan pegawai awam dari Maktab Teknik PDRM, PULAPOL Muar dan PGA Batalion 6 Muar.

    Bacaan Doa Pembukaan Kursus Oleh Ustaz Sulaiman

    Para Peserta Kursus

    Penghulu Kursus Menyampaikan Ucapan

    Tekun Mendengar Ceramah

    Antara Peserta dari PGA Batalion 6
       
    Objektif kursus anjuran BAKA ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai  prosedur perkahwinan dan undang-undang kekeluargaan dari perspektif Islam. Selain itu objektif lainnya adalah memberikan kefahaman tanggungjawab suami dan peranan isteri serta pengurusan konflik  dalam sesebuah keluarga muslim. Dan diharap semoga dengan adanya kursus sebegini akan melahirkan lebih ramai individu yang celik undang-undang ke arah membentuk keluarga Islam yang bahagia, berilmu, prihatin dan penyayang.

    Pengacara Majlis bagi Ceramah Pertama

    Tn. Hj. Abd. Halim Bin Tawil

    Ceramah Tentang Perkahwinan dan Prosedur

    Ceramah Tentang Pembubaran Perkahwinan

    Penyampaian Cenderahati dari pihak Penganjur

    Hari pertama dimulakan dengan Ceramah 1 yang bertajuk Perkahwinan dan Prosedur dan disudahi dengan Ceramah 2 tentang Pembubaran Perkahwinan. Kedua-dua ceramah ini disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Dakwah iaitu Tn. Hj. Abd. Halim Bin Tawil yang dijemput khas dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

    Saudari Pengacara Majlis Ceramah Kedua

    Salam Perkenalan

    Ustaz Mohd.Syahir Bin Sahab

    Ceramah Tentang Hadhanah dan Pengurusan Harta

    Kira-kira dalam Ilmu Faraid

    Peserta Khusyuk Mendengar Ceramah

    Cenderahati Kepada Penceramah

    Hari kedua disajikan dengan Ceramah 3 iaitu Hadhanah dan Pengurusan Harta dan disusuli Ceramah 4 iaitu Penalti Dibawah Undang-undang Islam. Kedua-dua ceramah tersebut disampaikan oleh Ustaz Mohd. Syahir Bin Sahab iaitu Pendaftar Mahkamah Syariah Tinggi Negeri Johor Bahru. Pada sebelah petang pula, diteruskan dengan Ceramah 5 oleh Ustazah Siti Arfah Bt.Yusof yang bertajuk Pengurusan Konflik Suami Isteri. Beliau merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam di Unit Pembangunan Keluarga pengkhususan dalam Rundingcara Kekeluargaan dijemput khas dari Pejabat Agama Daerah Batu Pahat.

    Ustazah Siti Arfah Bt.Yusof

    Ceramah : Pengurusan Konflik Suami Isteri 

    Ceramah : Tuntutan Selepas Perkahwinan

    Suasana di dalam Dewan Serbaguna MTPDRM

    Tanda Terima Kasih Kepada Ustazah

    Pada hari ketiga diteruskan dengan Ceramah 6 (terakhir) bertajuk Tuntutan Selepas Perkahwinan yang juga disampaikan oleh Ustazah Siti Arfah Bt.Yusof. Kemudian disusuli acara kemuncak iaitu Majlis Perasmian Penutupan kursus. Majlis dipengerusikan oleh Penghulu Kursus iaitu Insp. Akbar Ali Bin Abdul Kareem dari MTPDRM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Fadzil Bin Abdul Azed diiringi ucapan wakil peserta kursus iaitu Kpl. Hamzah Bin Maiduni dan disudahi dengan ucapan DSP Hamid Bin Mohamed sekaligus menyempurnakan Perasmian Penutupan Kursus Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam Bil.1 Siri 1/2012.

    Pengacara Majlis Penutupan Kursus (Penghulu)

    Barisan VIP

    Ucapan Wakil Peserta Kursus

    Penyampaian Sijil Kursus

    Pegawai dari PGA Batalion 6

    Pegawai dari MTPDRM

    Tamat Kursus Dengan Jayanya

    Penyampaian Hadiah Kepada Perasmi Penutupan Kursus

    Ucapan Perasmian Penutupan Kursus

    Dengan Rasminya Kursus Ini Ditutup

    Harapan kami semoga para peserta kursus dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang telah disampaikan oleh penceramah dalam situasi keluarga masing-masing. Carilah kebahagiaan di dalam rumahtangga. Wujudkan suasana penghayatan Islam dan kedamaian dalam keluarga, penjagaan kesihatan, wujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah serta amalkan perhubungan yang baik dan berkesan serta membina sifat penyayang dan toleransi di kalangan anggota keluarga. Insyaallah akan mencapai matlamat `RUMAHKU SYURGAKU'.

    Di sebalik Tabir

    Antara AJK Pelaksana Program

    Barisan Penganjur Program
    Kecik sangatlah tulisan ni.. nasib baik ada teropong..

    Siapa habis makan dulu?

    Alamak tertelan lada la.. rileks control2..

    Betul juga Ustaz ni cakap.. kene buat kat umah ni..

    Kamilah jejaka paling macho disini..

    Alhamdulillah.. habis jugak kursus ni.. 

    Madu tiga ke ni? Ingat undang2 keluarga Islam tau..

    Gembira Dengan Kursus ni..