PROGRAM TERKINI

KURSUS FALAK ASAS (PENENTUAN ARAH KIBLAT)

BIL.1 SIRI 1/2014
  • ANJURAN: CAW.AGAMA
  • TARIKH : 16-18 JUN 2014
  • TEMPAT : PUSAT AL-KHAWARIZMI MELAKA
  • * Nantikan kemunculan program yang ditunggu-tunggu tahun 2014 ini. Jangan ketinggalan. Terima Kasih. Harap Maklum.

    Rabu, 30 Mei 2012

    PROGRAM SIMBIOSIS TRANSFORMASI KETRAMPILAN DIANTARA BAKA, PERKEP MTPDRM & KUMPULAN KARANG KRAF (NUR)

    Pada 26 Mei 2012 satu Program Simbiosis Transformasi Ketrampilan telah diadakan bertempat di Dewan Serbaguna MTPDRM. Program kerjasama diantara BAKA dan PERKEP MTPDM buat julung kalinya menjemput Kumpulan Karangkraf (NUR) bagi menjayakan program yang berbentuk bengkel grooming daripada MARIE CARE  yang didatangkan khas daripada Seremban Negeri Sembilan. Program ini telah dirasmikan oleh Puan Pengerusi PERKEP isteri Komandan MTPDRM iaitu Puan Hashimah Bt. Ariffin dan turut memberikan kerjasama dan merupakan nadi program tersebut iaitu Insp Abd Rahim B Idris Pemangku Ketua Bahagian Agama dan Kaunseling MTPDRM dan master of the ceremony En. Muhammad Fuandy B Abd Razak. Penyertaan dikalangan warga PERKEP MTPDRM dan pegawai dibawah Cawangan Kaunseling sangat membanggakan. Diharap kolaborasi yang terjalin dapat dikekalkan dan program sebegini dapat dijalakan dimasa akan datang.









    Puan Pengerusi dan barisan tenaga daripada Marie care


    Us. Ahmad Fadzil memimpin bacaan doa bagi memohon keberkatan disepanjang majlis


    "Teacher" yang bersemangat & sentiasa tersenyum


    Antara produk yang digunakan semasa bengkel berlangsung


    barisan krew daripada Karang Kraf (NUR) & Marie Care


    Jemputan khas daripada JB daripada Moon Abaya Collection


    haaah...Lilit jangan tak lilit...


    Penyampaian cenderahi MTPDRM oleh Insp Abd Rahim kepada Editor majalah NUR


    Bergambar kenangan sebagai simbol "Simbiosis" yang terjalin =)

    Jumaat, 4 Mei 2012

    KURSUS KENALI POTENSI DIRI BIL.1 SIRI 1/2012

    Kursus Kenali Potensi Diri ini merupakan kursus yang disasarkan kepada warga MTPDRM. Objektif kursus ini dijalankan adalah untuk:

    *    Mengenalpasti tahap - tahap potensi diri yang dimiliki oleh warga MTPDRM

    *    Memupuk rasa cinta dan sayang terhadap diri sendiri.

    *    Memberi kesedaran terhadap warga MTPDRM bahawa setiap insan mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang sewajarnya dihargai dan dinikmati.

    *    Membantu meningkatkan tahap self-esteem kepada para peserta agar lebih berkeyakinan dan mempunyai keperibadian yang unggul.
     
    Kursus ini telah dijalankan pada 3 Mei 2012. Seramai 40 orang peserta telah menyertai kursus ini dan berlangsung dengan jayanya.

     
     
     Sesi Pendaftaran Peserta

     
    YM Komandan, Insp Abd Rahim dan Penceramah Jemputan daripada KDN

     
    Mengaminkan bacaan doa memohon keberkatan daripada-NYA
     

     
    Pakar Hipnosis MTPDRM....

     
    Hipnosis bagi peserta wanita

     
    Tu panjang ke pendek tuan....??
     

     
    Penceramah Jemputan Pn. Siti Rasyidah daripada MMU Melaka

     
    Penyampaian cenderahati daripada Insp Abd Rahim kepada YM Komandan yang sudi merasmikan kursus ini.