RABU 03 0KTOBER 2012. Kursus Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam Bil.1 Siri 1/2012 telah diadakan di Dewan Serbaguna Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar, Johor (MTPDRM). Kursus selama 3 hari yang dianjurkan oleh Cawangan Agama dari Bahagian Agama & Kaunseling MTPDRM ini bermula dari 03/10/12 - 05/10/12. Seramai 43 orang telah menyertai kursus ini. Mereka terdiri daripada 4orang pegawai dan selebihnya adalah anggota dan pegawai awam dari Maktab Teknik PDRM, PULAPOL Muar dan PGA Batalion 6 Muar.
 |
Bacaan Doa Pembukaan Kursus Oleh Ustaz Sulaiman |
 |
Para Peserta Kursus |
 |
Penghulu Kursus Menyampaikan Ucapan |
 |
Tekun Mendengar Ceramah |
 |
Antara Peserta dari PGA Batalion 6 |
Objektif kursus anjuran BAKA ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta mengenai prosedur perkahwinan dan undang-undang kekeluargaan dari perspektif Islam. Selain itu objektif lainnya adalah memberikan kefahaman tanggungjawab suami dan peranan isteri serta pengurusan konflik dalam sesebuah keluarga muslim. Dan diharap semoga dengan adanya kursus sebegini akan melahirkan lebih ramai individu yang celik undang-undang ke arah membentuk keluarga Islam yang bahagia, berilmu, prihatin dan penyayang.
 |
Pengacara Majlis bagi Ceramah Pertama |
 |
Tn. Hj. Abd. Halim Bin Tawil |
 |
Ceramah Tentang Perkahwinan dan Prosedur |
 |
Ceramah Tentang Pembubaran Perkahwinan |
 |
Penyampaian Cenderahati dari pihak Penganjur |
Hari pertama dimulakan dengan Ceramah 1 yang bertajuk Perkahwinan dan Prosedur dan disudahi dengan Ceramah 2 tentang Pembubaran Perkahwinan. Kedua-dua ceramah ini disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Dakwah iaitu Tn. Hj. Abd. Halim Bin Tawil yang dijemput khas dari Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
 |
Saudari Pengacara Majlis Ceramah Kedua |
 |
Salam Perkenalan |
 |
Ustaz Mohd.Syahir Bin Sahab |
 |
Ceramah Tentang Hadhanah dan Pengurusan Harta |
 |
Kira-kira dalam Ilmu Faraid |
 |
Peserta Khusyuk Mendengar Ceramah |
 |
Cenderahati Kepada Penceramah |
Hari kedua disajikan dengan Ceramah 3 iaitu Hadhanah dan Pengurusan Harta dan disusuli Ceramah 4 iaitu Penalti Dibawah Undang-undang Islam. Kedua-dua ceramah tersebut disampaikan oleh Ustaz Mohd. Syahir Bin Sahab iaitu Pendaftar Mahkamah Syariah Tinggi Negeri Johor Bahru. Pada sebelah petang pula, diteruskan dengan Ceramah 5 oleh Ustazah Siti Arfah Bt.Yusof yang bertajuk Pengurusan Konflik Suami Isteri. Beliau merupakan Pegawai Hal Ehwal Islam di Unit Pembangunan Keluarga pengkhususan dalam Rundingcara Kekeluargaan dijemput khas dari Pejabat Agama Daerah Batu Pahat.
 |
Ustazah Siti Arfah Bt.Yusof |
 |
Ceramah : Pengurusan Konflik Suami Isteri |
 |
Ceramah : Tuntutan Selepas Perkahwinan |
 |
Suasana di dalam Dewan Serbaguna MTPDRM |
 |
Tanda Terima Kasih Kepada Ustazah |
Pada hari ketiga diteruskan dengan Ceramah 6 (terakhir) bertajuk Tuntutan Selepas Perkahwinan yang juga disampaikan oleh Ustazah Siti Arfah Bt.Yusof. Kemudian disusuli acara kemuncak iaitu Majlis Perasmian Penutupan kursus. Majlis dipengerusikan oleh Penghulu Kursus iaitu Insp. Akbar Ali Bin Abdul Kareem dari MTPDRM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Fadzil Bin Abdul Azed diiringi ucapan wakil peserta kursus iaitu Kpl. Hamzah Bin Maiduni dan disudahi dengan ucapan DSP Hamid Bin Mohamed sekaligus menyempurnakan Perasmian Penutupan Kursus Pemahaman Undang-Undang Keluarga Islam Bil.1 Siri 1/2012.
 |
Pengacara Majlis Penutupan Kursus (Penghulu) |
 |
Barisan VIP |
 |
Ucapan Wakil Peserta Kursus |
 |
Penyampaian Sijil Kursus |
 |
Pegawai dari PGA Batalion 6 |
 |
Pegawai dari MTPDRM |
 |
Tamat Kursus Dengan Jayanya |
 |
Penyampaian Hadiah Kepada Perasmi Penutupan Kursus |
 |
Ucapan Perasmian Penutupan Kursus |
 |
Dengan Rasminya Kursus Ini Ditutup |
Harapan kami semoga para peserta kursus dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang telah disampaikan oleh penceramah dalam situasi keluarga masing-masing. Carilah kebahagiaan di dalam rumahtangga.
Wujudkan suasana penghayatan Islam dan kedamaian dalam keluarga, penjagaan kesihatan, wujudkan keselesaan dan keindahan dalam rumah serta amalkan perhubungan yang baik dan berkesan serta membina sifat penyayang dan toleransi di kalangan anggota keluarga. Insyaallah akan mencapai matlamat `RUMAHKU SYURGAKU'.
 |
Di sebalik Tabir |
 |
Antara AJK Pelaksana Program |
 |
Barisan Penganjur Program |
 |
Kecik sangatlah tulisan ni.. nasib baik ada teropong.. |
 |
Siapa habis makan dulu? |
 |
Alamak tertelan lada la.. rileks control2.. |
 |
Betul juga Ustaz ni cakap.. kene buat kat umah ni.. |
 |
Kamilah jejaka paling macho disini.. |
 |
Alhamdulillah.. habis jugak kursus ni.. |
 |
Madu tiga ke ni? Ingat undang2 keluarga Islam tau.. |
 |
Gembira Dengan Kursus ni.. |